SEKITAR MAJLIS WATIKAH PIMPINAN MURID 2016

Tuesday 16 February 2016

SK Seri Buluh telah mengadakan Majlis Watikah Pimpinan Murid bagi mengiktiraf pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Kelas tahun 1 hingga tahun 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Inspektor daripada Balai Polis Kuala Berang iaitu Inspektor Shahida bin Mohd. turut meraikan majlis adalah wakil daripada PPD Hulu terengganu iaitu En. Nasarudin.


Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga pemimpin-pemimpin murid ini mampu menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Mampu menjadi role model kepada semua seperti yang diharapkan oleh Pegawai Inspektor dalam ucapan perasmiannya. Begitu juga harapan Tuan Guru Besar dalam ucapan beliau yang mengharapkan agar pemimpin-pemimpin murid ini akan terus memimpin rakan-rakan mereka dengan baik dan berdedikasi.
































0 comments:

Post a Comment