Untuk makluman para ibu bapa / penjaga, pendaftaran tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 dan 2018 telah dibuka bermula 1 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut : 


Diharap para ibu bapa / penjaga bolehlah membuat tindakan seterusnya. Semoga berada dalam makluman buat semua.

Sekian, terima kasih. 

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG BAGI TAHUN 2016

Thursday 3 March 2016

Bagi menyahut seruan kerajaan dalam mempergiatkan program Guru Penyayang peringkat sekolah, SK Seri Buluh telah mengadakan pelancaran program tersebut pada 29 Februari 2016 lalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh PK Hem, En Faizo Bin Mat dan dirasmikan oleh tuan Guru Besar SK Seri Buluh, En Muhamad Shaidi Bin Ishak.

Antara objektif program adalah untuk menjelas dan membimbing para pelajar dan guru untuk memupuk amalan budaya penyayang dalam diri, mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain serta membentuk kerjasama secara sepasukan bagi meneruskan agenda Sekolah Penyayang.

Penekanan kepada pelaksanaan program ini ialah melalui surat siaran KPM bil.4/2012 yang menekankan konsep menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi kehadiran murid merupakan rahmat sekolah dan menyedari setiap murid adalah aset kepada sekolah. Setiap murid merupakan tanggungjawab kepada sekolah dalam merealisasikan impian mereka untuk berjaya di masa depan.

Antara tentatif program ini dimulakan dengan perhimpunan PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG, ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Buluh, En Muhamad Shaidi Bin Ishak sekaligus merasmikan program ini. Seterusnya melancarkan program mentor mentee guru dan murid. Setiap guru diberi antara 2 hingga 3 orang murid untuk dijadikan mentee dan guru dipertangungjawab mengambil tahu mentee mereka dalam segala hal. Program diteruskan dengan gimik sambutan kelahiran warga sekolah bersama murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Semua mereka dipanggil ke pentas untuk upacara memotong kek dan pulut kuning.





















Di antara aktiviti sekolah yang dirancang sepanjang tahun sempena program ini pula ialah galakan memberikan ucapan salam, selamat, tahniah, terima kasih dan maaf, menghargai guru dan murid, mengalu-alulan kehadiran murid, menghargai hari lahir, solat Zuhur berjemaah, Kempen Berpakaian Kemas dan Program Mentor-Mentee.

Akhir sekali, semoga program ini dapat memberikan impak yang besar dan berguna kepada semua warga sekolah.