KEMPEN BAWA AIR MASAK KE SEKOLAH

Saturday 20 February 2016

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia tidak menentu. Cuaca sebegini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan kita. Bagi menjaga kesihatan murid-murid, pihak sekolah mengadakan kempen ini agar sedikit sebanyak dapat menyedarkan murid-murid bahawa pentingnya meminum air yang cukup bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang tidak diingini. 
Seperti yang diketahui, air menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.

Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.
Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.
Semoga dengan kempen ini dapatlah menyedarkan murid kita bahawa pentingnya membawa air ke sekolah. 

0 comments:

Post a Comment