NASIHAT BERGUNA

Monday 20 March 2017

Berikut antara kata-kata nasihat yang amat bagus dan untuk renungan dikala kegelisahan / keserabutan. Selamat beramal. :)

1.Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.

2.Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.

4.Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

5.Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

6.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

7.Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

8.Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

9.Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

10.Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

11.Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

12.Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

13.Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

14.Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Rebutlah kejayaan dan kebahagiaan untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. 

SELAMAT CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1

Thursday 16 March 2017

Selamat bercuti khas buat semua murid SK Seri Buluh. Semoga cuti kali ini dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jaga diri dan jaga kesihatan.

Tarikh Cuti : 17 - 25 Mac 2017





MINGGU ANTI DADAH DAN SEKOLAH SELAMAT

Tuesday 14 March 2017

Tarikh : 14 Mac 2017
Aktiviti : Demostrasi Latihan Kebakaran oleh Pihak Bomba Kuala Berang Sempena Minggu Anti Dadah dan Sekolah Selamat.


Aktiviti ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid mengenai kebakaran dan cara-cara mengatasinya. Murid kelihatan sangat teruja sepanjang latihan ini diadakan.
Berikut sekitar aktiviti diadakan. 
























LADAP SKPMg2 2017

Sunday 12 March 2017

TARIKH : 12 MAC 2017


LADAP ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua guru mengenai aplikasi SKPM gelombang ke-2 ini.





MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2017

Sunday 26 February 2017

Tarikh : 23 Februari 2017
Aktiviti : Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid SK Seri Buluh HT

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Polis IPD Hulu Terengganu. Seramai 52 Pemimpin murid telah menerima watikah mereka. Mereka ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas. Tahnuah kepada semua pemimpin murid dan semoga mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan penuh komitmen.
" Tanggungjawab Dipikul, Karisma Terserlah"


















Tarikh : 21 Februari 2017
Aktiviti : Anugerah Imarah Surau Sekolah-sekolah (ASISS) KPM Peringkat Kepangsaan
Tahniah kepada Musolla An Nur SK Seri Buluh kerana telah layak memasuki Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) KPM peringkat kebangsaan dan membawa pulang hadiah saguhati.














 Syabas dan Tahniah kepada semua warga SK1000..