SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016

Wednesday 30 December 2015

Selamat menempuh sesi persekolah baru kepada semua murid dan guru-guru SK Seri Buluh Khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Semoga kecemerlangan akan terus mendampingi kita. Semoga 2016 bakal merealisasikan impian semua untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. 



SELAMAT TAHUN BARU - 2016 -

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua. Semoga tahun 2016 bakal memberi lebih kecemerlangan buat semua. 


PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI 2016

Sunday 22 November 2015

Untuk makluman semua ibu bapa / penjaga SK Seri Buluh, hari pendaftaran persekolahan untuk sesi 2016 bagi tahun 1 hingga tahun 6 adalah seperti ketetapan berikut : 


===============================================
                                     Tarikh     :      30 Disember 2015
                                                     
                                     Masa        :      8.00 Pagi - 11.00 Pagi

                                     Tempat    :      Kedai Sekolah
==============================================

Semoga pihak ibu bapa / penjaga dapat hadir untuk mendaftar anak-anak bagi memenuhi keperluan anak-anak tuan/puan pada sesi persekolahan 2016. 

Pesanan:
- Tanda nama boleh ditempah semasa pendaftaran dengan guru kelas masing-masing.
- Ibu bapa / penjaga wajib membeli buku cetakan lencana sekolah SK Seri Buluh sebagaimana keputusan mesyuarat Agung PIBG kali ke-6.

Segala kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga didahului dengan jutaan terima kasih. Semoga hari pendaftaran kelak berjalan lancar. 

SELAMAT BERCUTI MURID-MURID

Saturday 21 November 2015

Jaga Diri masing-masing ya.. Semoga cuti kali ini memberi seribu satu makna dan kebaikan buat semua


Sekiranya ada para ibu bapa yang masih tidak mempunyai perancangan, disini admin ingin kongsikan bersama-sama. Dalam kegembiraan untuk bercuti, pastikan keselamatan anak-anak sentiasa dalam pemantauan

Antara aktiviti cuti sekolah yang popular dan bermanfaat ialah :

1. Kem Motivasi
Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

2. Kem Ibadah
Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.

3. Klinik Sukan Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.

4. Belajar ICT
Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

5. Kursus Pendek Bahasa
Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

6. Kemahiran Bertukang
Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung.

7. Kraf dan Anyaman 
Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

8. Belajar Alat Muzik
Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.

9. Belajar Berenang Bagi adik-adik yang masih belum boleh berenang, aktiviti ini adalah amat digalakkan. Tempoh sebulan sudah cukup untuk menjadikan adik-adik seorang perenang yang baik. Tak rugi jika sekiranya adik mempelajari kemahiran berenang. Malah jika berminat selepas ini, adik-adik boleh menjadikannya aktiviti riadah yang rutin.


10. Belajar Memasak Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?

SEKITAR MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN 2015

Thursday 19 November 2015


Tahun ini, majlis diadakan di Primula Resort. Terima kasih kepada pengerusi kelab guru dan kakitangan kerana mengadakan majlis yang begitu meriah sekali. Semoga Ukhwah yang terjalin akan terus erat walau di mana kita berada




.

SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SK1000 2015

Wednesday 18 November 2015

Syabas dan tahniah buat semua penerima hadiah. Semoga kecemerlangan akan terus dipertingkatkan di masa akan datang. Kepada yang kurang bernasib baik, tingkatkan usaha untuk masa akan datang. Semoga anda akan menjadi sebahagian yang berjaya di masa akan datang. Tingkatkan usaha. Semoga Berjaya.

ALL THE BEST.. DO THE BEST TO BE THE BEST AMONG THE BEST!!!!!












Murid cemerlang UPSR 2015





TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KECEMERLANGAN UPSR 2015 SK SERI BULUH

Tuesday 17 November 2015

Dikesempatan ini, admin ingin mengucap syukur Alhamdulillah dan sekalung TAHNIAH khas buat murid-murid dan seluruh warga SK Seri Buluh atas kecemerlangan keputusan UPSR 2015. Tahniah juga buat ibu bapa atas kejayaan ini. Tanpa komitmen daripada ibu bapa kejayaan anak-anak tidak akan kita perolehi.

SK Seri Buluh telah berjaya menjadi 10 buah sekolah terbaik Negeri Terengganu sekaligus untuk daerah Hulu Terengganu jugak dengan GPS 1.50 dan lulus 100 % untuk semua mata pelajaran. Kita juga mendapat peratus 5A yang tinggi iaitu sebanyak 21% iaitu seramai 3 orrang calon mendapat 5A daripada 14 calon kesemuanya. 
Semoga SK Seri Buluh akan terus cemerlang di masa akan datang. Semoga seluruh warga SKSB akan terus berusaha demi kejayaan dan kecemerlangan bersama. 


















EN. NASARUDIN DAN EN. RIZAHUDDIN DARI PPD HULU TERENGGANU SEBAGAI FASILITATOR


ANTARA AKTIVITI BERKUMPULAN YANG DIJALANKAN


DIHADIRI SERAMAI 49 ORG PESERTA

MAJLIS PERPISAHAN GURU GANTI

Thursday 30 April 2015





CIKGU NORATIYAH ATIRAH BT NORUDIN MENGGANTIKAN CIKGU ARITA BT ARIFFIN 
( CUTI BERSALIN ) PADA 20 JAN HINGGA 19 APRIL 2015 .


GURU BESAR MEWAKILI SELURUH WARGA SK SERIBULUH MEMBERI CENDERAMATA KEPADA CIKGU ATIRAH 


PARA PELAJAR MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG DIPIMPIN SEPENUHNYA OLEH TUAN GURU BESAR SK SERI BULUH



TERIMA KASIH DARI KAMI WARGA SK SERI BULUH
SEMOGA KITA AKAN BERJUMPA LAGI


PEGAWAI URUSTIA SEDANG MENDAFTAR PARA PESERTA



ANATARA PERLAWANAN YANG SEDANG BERLANGSUNG SEMASA PERTANDINGAN


SEBAHAGIAN PESERTA YANG MEMENANGI PERTANDINGAN

ZIARAH KEMATIAN

Monday 23 March 2015

Warga SK Seribuluh mengucapkan takziah kepada adik Irfan,pelajar tahun 1 yang telah kehilangan bapa tercinta pada hari ahad yang lepas.Semoga adik Irfan tabah dan redha dengan ketentuan ini dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


PK HEM, Ustaz Faizo memeluk adik Irfan ketika menziarahi kematian bapa beliau.

LALUAN INFORMASI BAHARU

Pihak sekolah telah mewujudkan satu lagi laluan informasi bagi menyalurkan maklumat berguna kepada warga sekolah.Semoga info dan maklumat yang akan diletakkan di papan kenyataan di laluan tersebut dimanfaatkan oleh semua pihak.

lokasi laluan informasi

encik razali dipertangjawabkan menyediakan ruangan ini.

juruteknik komputer juga tidak ketinggalan membantu encik razali.

akhirnya...selesai!

guru-guru lelaki dalam proses menghias dan menampal maklumat.