KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN 2016 SK SERI BULUH

Monday 29 February 2016

Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Semoga dengan kehadiran semua, dapatlah memeriahkan lagi kejohanan ini. Untuk pengetahuan semua, acara sukaneka untuk ibu bapa/penjaga serta hadirin turut diadakan. Ayuh kita bersukaneka.


LAWATAN MGB KEDAH KE SK SERI BULUH

Thursday 25 February 2016

Sempena lawatan penanda aras MGB Kedah ke sekolah-sekolah Hulu Terengganu, SK Seri Buluh menjadi salah sebuah sekolah yang dilawati mereka. Tujuan mereka ke SK Seri Buluh adalah untuk berkongsi pengalaman pentadbiran dalam pendidikan bersama MGB Hulu Terengganu. 








Hari ini iaitu 24 Februari 2016 telah diadakan Temu Murni ibu bapa murid tahun 6 dan guru-guru buat kali pertama untuk 2016. Majlis ini diadakan bertujuan membentangkan pencapaian murid-murid tahun 6 setakat ini. Dengan adanya majlis ini, ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai anak-anak mereka sekaligus membuat persiapan awal untuk pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam UPSR kelak. 













SEKITAR PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH

Tuesday 23 February 2016

Pada 23 Februari 2016, JPNT telah mengarahkan semua sekolah seluruh Negeri Terengganu untuk mengadakan Perarakan Apresisi Kokurikulum secara serentak. Bagi SK Seri Buluh, perarakan telah diadakan disekitar kampung berhampiran sekolah. Berikut antara aktiviti yang telah diadakan sempena perarakan ini. 



















SEKITAR PERASMIAN KEMPEN BAWA AIR MASAK KE SEKOLAH

Sunday 21 February 2016

Kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Buluh, En Muhamad Shaidi Bin Ishak semasa perhimpunan pagi tadi. Tahniah dan syabas kepada semua warga SK Seri Buluh kerana telah berjaya mengadakan kempen ini. Semoga memberi maanfaat kepada semua.












Berikut sekitar program yang diadakan. Para peserta kelihatan sangat teruja dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.