SEKITAR KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN 2016 SK SERI BULUH

Monday 4 April 2016

Kejohanan sukan dan balapan 2016 SK Seri Buluh telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh wakil Tuan Pegawai PPD Hulu Terengganu iaitu En.Mohd Azizul Bin Mohd Zanggi.

Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya acara balapan seperti 100M, 200M, 4x100M, lompat jauh, lompat tinggi dan banyak lagi. Acara sukaneka untuk murid-murid, ibu bapa/penjaga dan PRA sekolah turut diadakan. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang kurang berjaya boleh mencubanya lagi di tahun-tahun akan datang. Bagi tahun ini johan keseluruhan rumah sukan telah di ungguli oleh Rumah Biru. Tahniah buat rumah biru, rumah hijau dan rumah Merah kerana telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan. 

Semoga ditahun-tahun akan datang kejohanan ini terus meriah dan cemerlang.