Pada 23 Februari 2016, JPNT telah mengarahkan semua sekolah seluruh Negeri Terengganu untuk mengadakan Perarakan Apresisi Kokurikulum secara serentak. Bagi SK Seri Buluh, perarakan telah diadakan disekitar kampung berhampiran sekolah. Berikut antara aktiviti yang telah diadakan sempena perarakan ini.
SEKITAR PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH
SEKITAR PERASMIAN KEMPEN BAWA AIR MASAK KE SEKOLAH
SEKITAR PROGRAM LEADER OUTREACH SEMPENA KESUMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH MALAYSIA
Berikut sekitar program yang diadakan. Para peserta kelihatan sangat teruja dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.
Kebelakangan ini cuaca di Malaysia tidak menentu. Cuaca sebegini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan kita. Bagi menjaga kesihatan murid-murid, pihak sekolah mengadakan kempen ini agar sedikit sebanyak dapat menyedarkan murid-murid bahawa pentingnya meminum air yang cukup bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang tidak diingini.
Seperti yang diketahui, air menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting
bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan.
Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan
dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
PROGRAM LEADERSHIP OUTREACH SEMPENA KESUMA, SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN
Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia telah memilih beberapa sekolah di daerah Hulu Terengganu untuk memenuhi sebahagian program mereka. Mereka telah memilih SK Seri Buluh untuk menjayakan program ini. Program tersebut akan diadakan pada:
Semoga ilmu yang akan disampaikan kepada murid-murid dapat dimanfaatkan.










