Gotong royong perdana ini diadakan bertujuan mencegah dari berlakunya demam denggi Negeri Terengganu yang meningkat dengan mendadak. Sebagai pencegahan pembiakan aedes secara agresif dan lebih berkesan, JPNT telah melancarkan rotong royong ini, Diharap dengan program ini dapatlah membantu mengurangkan kadar demam denggi sekaligus membunuh semua yang berkaitan dengan aedes.
SEKITAR GOTONG ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI SK SERI BULUH 2016
Wednesday, 27 January 2016
Posted by
Unknown
at
17:27
SK Seri Buluh akan mengadakan kejohanan merentas desa bagi tahun 2016. Kejohanan tersebut akan diadakan seperti berikut :
===============================================
Tarikh : 19 Januari 2016
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Sekitar kawasan kampung.
==============================================
Semua murid akan terlibat dengan aktiviti ini. Bagi murid tahap 1, larian hanya dilakukan dalam kawasan sekolah. Manakala bagi tahap 2 mereka akan berlari sejauh 4KM di mana laluannya adalah sekitar kampung yang berhampiran dengan sekolah.
Hadiah akan disediakan kepada para pemenang mengikut kategori kelas masing-masing. Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan
murid yang cergas,progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid
sebagai insan yang seimbangdan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program
ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid
yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
Matlamat :
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid
dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan
diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid
bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang pada peringkat daerah nanti. Program ini juga
bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh
dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan.
Objektif :
·
Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat
murid
·
Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam
diri murid-murid
·
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup
sihat serta meningkatkan daya tahan murid
· Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi
dan berbakat dalam bidang sukan
· Memastikan murid-murid akan berkembang secara
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual
supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.Majlis kesyukuran ini diadakan bagi meraikan murid-murid UPSR 2015 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR. Turut meraikan ibu bapa mereka. Tuan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan beliau dan warga SK1000 kepada semua murid tahun 6 2015.
Majlis ini telah diadakan pada 29 Disember 2015. Turut hadir majlis ini adalah pengerusi PIBG SK1000, En Sulaiman.
Subscribe to:
Posts (Atom)