SEKITAR GOTONG ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI SK SERI BULUH 2016

Wednesday 27 January 2016

Gotong royong perdana ini diadakan bertujuan mencegah dari berlakunya demam denggi Negeri Terengganu yang meningkat dengan mendadak. Sebagai pencegahan pembiakan aedes secara agresif dan lebih berkesan, JPNT telah melancarkan rotong royong ini, Diharap dengan program ini dapatlah membantu mengurangkan kadar demam denggi sekaligus membunuh semua yang berkaitan dengan aedes.

 
















KEJOHANAN MERENTAS DESA SK SERI BULUH 2016

Sunday 17 January 2016

SK Seri Buluh akan mengadakan kejohanan merentas desa bagi tahun 2016. Kejohanan tersebut akan diadakan seperti berikut : 


===============================================
                                     Tarikh     :      19 Januari 2016
                                                     
                                     Masa        :      8.00 Pagi

                                     Tempat    :      Sekitar kawasan kampung.
==============================================


Semua murid akan terlibat dengan aktiviti ini. Bagi murid tahap 1, larian hanya dilakukan dalam kawasan sekolah. Manakala bagi tahap 2 mereka akan berlari sejauh 4KM di mana laluannya adalah sekitar kampung yang berhampiran dengan sekolah. 
Hadiah akan disediakan kepada para pemenang mengikut kategori kelas masing-masing. Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas,progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbangdan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. 

Matlamat : 
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang pada peringkat daerah nanti. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan.

Objektif :
·         Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat murid
·         Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid
·         Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya         tahan murid
·        Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang               sukan
·          Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,          rohani, emosi dan intelektual
supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

ENROLMEN MURID 2016

Monday 4 January 2016

                  

SEKITAR MAJLIS KESYUKURAN CEMERLANG UPSR 2015

Sunday 3 January 2016

Majlis kesyukuran ini diadakan bagi meraikan murid-murid UPSR 2015 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR. Turut meraikan ibu bapa mereka. Tuan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan beliau dan warga SK1000 kepada semua murid tahun 6 2015.

Majlis ini telah diadakan pada 29 Disember 2015. Turut hadir majlis ini adalah pengerusi PIBG SK1000, En Sulaiman.