ZIARAH KEMATIAN

Monday 23 March 2015

Warga SK Seribuluh mengucapkan takziah kepada adik Irfan,pelajar tahun 1 yang telah kehilangan bapa tercinta pada hari ahad yang lepas.Semoga adik Irfan tabah dan redha dengan ketentuan ini dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


PK HEM, Ustaz Faizo memeluk adik Irfan ketika menziarahi kematian bapa beliau.

LALUAN INFORMASI BAHARU

Pihak sekolah telah mewujudkan satu lagi laluan informasi bagi menyalurkan maklumat berguna kepada warga sekolah.Semoga info dan maklumat yang akan diletakkan di papan kenyataan di laluan tersebut dimanfaatkan oleh semua pihak.

lokasi laluan informasi

encik razali dipertangjawabkan menyediakan ruangan ini.

juruteknik komputer juga tidak ketinggalan membantu encik razali.

akhirnya...selesai!

guru-guru lelaki dalam proses menghias dan menampal maklumat.



TAKLIMAT PROGRAM PERMATA PINTAR 2015

Tuesday 10 March 2015

TARIKH : 11/03/2015
TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN SULAIMAN

Satu taklimat khas bagi program permata pintar telah diadakan di dewan smk sultan sulaiman.Taklimat ini diadakan bagi memberi informasi dan penerangan kepada penyelia program di setiap sekolah.Wan Mahisyamri (juruteknik komputer) telah mewakili sk seri buluh ke taklimat tersebut.




TARIKH : 10/03/2015
TEMPAT : SMK JENAGOR

Berikut adalah gambar atlet sk seri buluh pada hari kedua kejohanan sukan padang dan balapan peringkat daerah :







KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN PERINGKAT DAERAH HARI 1

Monday 9 March 2015

Seperti tahun-tahun sudah,smk jenagor sekali lagi dilantik sebagai tuan rumah bagi 'kejohanan sukan padang dan balapan' peringkat daerah.Semalam (9/3/2015) tirai kejohanan ini dibuka dan setiap sekolah menghantar pelajar-pelajar mereka bagi mencipta kejayaan di kejohanan tersebut.

SK Seri Buluh juga mempertaruhkan beberapa orang pelajar dalam beberapa acara.Namun untuk hari pertama,sinar kejayaan tidak berpihak kepada para pejuang sk seri buluh.Semoga para pelajar terus berusaha pada baki acara yang disertai.

Cikgu Zuber sentiasa menjaga kebajikan para atlet sk seri buluh.

firdaus melakukan lompatan ketika bertanding dalam acara lompat jauh.

para pelajar lelaki yang menyertai acara larian.

pelajar perempuan yang mewakili sekolah dalam acara larian. 

peserta lompat jauh sk seri buluh,firdaus.

peserta lompat jauh bawah 11 tahun seluruh hulu terengganu.

TAKLIMAT LINUS SARINGAN SATU

Saturday 7 March 2015

TARIKH : 8 MAC 2015
TEMPAT : BILIK MESYUARAT




MAJLIS PENYERAHAN MUQADDAM

TARIKH : 8 MAC 2015
TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN 

cikgu Zuber mewakili Tuan Guru Besar menyampaikan Muqaddam kepada ketua kelas tahun 1.

ketua kelas tahun 2 menerima Muqaddam mewakili pelajar tahun 2.

guru kelas tahun 3,ustazah Norliza mengiringi wakil tahun 3 menerima Muqaddam daripada cikgu Zuber.

PROGRAM TEMU MURNI IBUBAPA DAN GURU

Monday 2 March 2015

3.3.2015(selasa) - Program temu murni antara ibubapa bersama guru SK Seri Buluh telah diadakan.Program ini bertujuan mendedahkan prestasi semasa para pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas kepada ibubapa.

Semoga apa yang diberitahu oleh guru dimanfaatkan oleh ibubapa dalam memperbaiki mutu dan prestasi para pelajar disamping mewujudkan hubungan harmoni diantara pihak ibubapa dan guru-guru SK Seri Buluh.










PEMILIHAN PESERTA KE KEJOHANAN BALAPAN PERINGKAT DAERAH 2015

Sunday 1 March 2015

Satu sesi pemilihan peserta untuk mewakili sekolah ke kejohanan balapan peringkat daerah telah diadakan.Panel pemilih terdiri daripada guru penolong kanan ko kurikulum,cikgu Zubir sendiri.Beliau dibantu oleh ustaz Asri dan Sir Irwan.

Para pelajar di pilih bagi mewakili sekolah dalam semua acara larian,lompat tinggi,lompat jauh dan juga lontar peluru.Tahniah kepada para pelajar yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupon ini hanyalah sesi pemilihan sahaja.Selamat maju jaya kepada pelajar yang terpilih mewakili sekolah.








Tahniah diucapkan kepada dua pelajar SK Seri Buluh yang telah bersama-sama dalam pasukan Hulu Terengganu dalam pertandingan tali temali peringkat negeri baru-baru ini.


Kejohanan yang diadakan di pusat KO hulu terengganu pada hari khamis bersamaan 26 februari 2015.Dua peserta dari SK Seri Buluh ialah Muhammad Nazrul Azwa bin Zamrol dan Azrul Aqil bin Nordin.TAHNIAH!


TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SERI BULUH
TARIKH : 28 FEBRUARI 2015
MASA : 8.30 PAGI









MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9

TARIKH: 28 FEBRUARI 2015
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK SERI BULUH
MASA : 830 PAGI