SUDUT LINUS

Tuesday 24 February 2015

Berikut dilampirkan gambar kerja-kerja menyiapkan sudut linus di salah satu sudut tangga di blok A SK Seri Buluh.......








KEM MP MATEMATIK

LOKASI : BILIK MESYUARAT
TARIKH : 18/02/2015

Guru matematik tahun 6 telah menganjurkan satu kem bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek matematik.

Kem ini telah diadakan di dalam bilik mesyuarat SK Seribuluh.Semua pelajar tahun 6 terlibat dalam kem tersebut.Diharap inisiatif dan usaha para guru diterjemahkan oleh para pelajar melalui keputusan cemerlang pada UPSR nanti.

suasana ketika kem mp matematik.

para pelajar menumpukan perhatian ketika kem.

komunikasi dua hala memudahkan guru mengenalpasti tahap pemahaman dan penerimaan para pelajar.

keselesaan tempat belajar dapat meredakan tekanan kepada pelajar.

MESYUARAT KHAS PIBG

Tuesday 17 February 2015

LOKASI : BILIK MESYUARAT SK SERI BULUH
TARIKH : 17/02/2015(9 MALAM)

Satu mesyuarat khas melibatkan jawatankuasa PIBG SK Seri Buluh telah diadakan pada pukul 9 malam bertempat di bilik mesyuarat sekolah.Tujuan diadakan mesyuarat tersebut bagi membincangkan berkenaan mesyuarat agung PIBG yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Besar,guru-guru dan ibubapa yang memberikan komitmen tinggi dengan menghadiri mesyuarat kali ini walaupun terpaksa diadakan pada sebelah malam.semoga usaha dari semua pihak berjaya meneruskan dan menjamin keberjayaan prestasi sekolah dari sudut pencpaian akademik dan ko kurikulum.

Tuan GB mempengerusikan mesyuarat
 .
guru dan ibubapa yang menghadiri mesyuarat mendengar peNerangan tuan GB.

LOKASI : TAPAK PERHIMPUNAN PAGI SKSB
TARIKH : 15/02/2015

Satu program khas iaitu penyerahan pas keluar masuk telah diadakan pada perhimpunan pagi ahad lepas.Pas keluar kelas ini diwujudkan bagi mendisiplin dan memudahkan pemautauan pergerakan pelajar di luar bilik darjah ketika waktu pembelajaran.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dimana beliau sendiri menyerahkan pas tersebut kepada guru kelas dan ketua kelas masing-masing.


TAKLIMAT LINUS

LOKASI : BILIK MESYUARAT SK SERI BULUH
TARIKH : 11/02/2015





KEM KEPIMPINAN MURID 2015

LOKASI : BILIK SEMINAR SK SERI BULUH
TARIKH : 10.2.2015

Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa program kem kepimpinan murid 2015 SK Seri Buluh, tuan penceramah merangkap Tuan Guru Besar,semua guru,peserta dan semua yang terlibat ke arah kejayaan program tersebut.

Tuan GB menyampaikan taklimat dan ceramah bagi menaikkan motivasi pengawas sekolah sekaligus membentuk kredibiliti terbaik dalam diri mereka.

guru-guru yang terlibat sepanjang kem.

pengawas sekolah tekun dan fokus mendengar amanat Tuan GB.

SUBJEK SAINS TAHUN 5

Monday 16 February 2015

LOKASI : PERKARANGAN KAWASAN SEKOLAH
TARIKH : 11 FEBRUARI 2015

Satu experimen menarik telah diadakan oleh pelajar tahun 5 di bawah kelolaan guru sains mereka,Sir Irwan.Semua pelajar berjaya melakukan experimen tersebut dengan jayanya.

Pelajar-pelajar juga kelihatan bergembira dalam melakukan experimen yang telah diarahkan oleh Sir Irwan.Mereka bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan seharian belajar di dalam kelas,malah dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang sains.


LOKASI : SK PADANG SETENGGE
TARIKH : 8 DAN 9 FEBRUARI 2015

Pemain SK Seribuluh melakukan servis ketika menentang pasukan SKTAI.

Para pemain mendengar taklimat daripada pengadil pertandingan sebelum memulakan perlawanan.

Para pemain SK Seribuluh sedang memanaskan badan sebelum perlawanan.

Kapten SK Seribuluh , Muaz memberi kata semangat kepada rakan sepasukan.

LOKASI: SK KUALA DURA
TARIKH : 8 FEBRUARI 2015

Ustazah Rohaya sentiasa berdiri di depan gelanggang pertandingan bagi memastikan para pemain menerapkan strategi yang telah diatur.

wajah kegembiraan para pemain,jurulatih,pengurus dan guru-guru setelah pasukan SK Seri Buluh dinobatkan sebagai pemenang tempat ke 3. 
bergambar kenangan bersama pengurus dan juga guru penolong kanan 1..

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT DAERAH 2015

Monday 2 February 2015

LOKASI : DEWAN SMK TUN INDERA
TARIKH : 29/1/2015






KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT ZON 2015

Sunday 1 February 2015

LOKASI : DEWAN SIVIK KG BUTUT
TARIKH : 27 JANUARI 2015